Pengorbanan Ibu Bapa
Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang
insan yang bernama manusia. Pengorbanan seorang ibu, pengorbanan seorang
ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan
anak-anak. Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi
yang kita tidak wajar dilupakan.
Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna
kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.
Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.
Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan
sepuluh hari kita di dalam kandungan, dibawa bersama-sama
payah jerih ditanggungnya. Dia melahirkan kita, menyusukan kita,
amat tinggi pengorbanannya. Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita yang
menjaga kita, kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.
Dijaga dan dibelai, pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana
ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.
Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik
pengorbanan seorang ibu. Bapa kita telah membesarkan kita, dia telah bersusah
payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran
kehidupan. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh
ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita. Sebagai anak-anak kita wajib
membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita
mampu berjaya dalam kehidupan, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan
sebarang balasan dari anak-anak mereka. Percayalah ALLAH pasti
membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.
Comments
Post a Comment