Punca Anak Derhaka
1. Kurangnya didikan agama daripada ibu bapa itu sendiri. Tidak semua ibu bapa yang lahir
daripada kalangan yang berpendidikan agama. Namun, pelbagai cara boleh
dilakukan untuk memberi didikan agama kepada mereka.
daripada kalangan yang berpendidikan agama. Namun, pelbagai cara boleh
dilakukan untuk memberi didikan agama kepada mereka.
2. Apabila anak-anak berjaya di dalam pelajaran atau pertandingan, tiada ucapan tahniah apatah
lagi senyuman untuk si anak. Agak-agaknya, jikalau perkara sebaliknya berlaku,
si anak mungkin dimarahinya.
3. Anak-anak tidak dijadikan kawan atau teman
lagi-lagi ketika usia mereka dalam lingkungan14 hingga 21 tahun (remaja).
Pada usia ini, mereka perlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
4. Perasaan anak-anak tidak dihargai. Ibu bapa tidak peduli ketika
mana mereka sedih, gembira, kecewa, sunyi dan sebagainya.
Kebanyakan ibu bapa sibuk mengejar pangkat dan harta sahaja.
5. Ibu bapa terlalu manjakan si anak. Semua permintaan anak ditunaikan. Memanglah tidak salah
mengamalkan peribahasa Bagai Menatang Minyak Yang Penuh, tapi perlulah
berpada-pada dan jangan sampai si anak 'memijak kepala' ibu bapa.
Anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya. Jadi, ibu bapa tidak akan terlepas jikalau
dituduh tidak pandai mendidik anak-anak.
Comments
Post a Comment